Objektif pengurusan Islam merangkumi empat perkara iaitu :
1. Melaksanakan undang-undang Islam dalam semua aktiviti berbentuk ibadah, muamalat dan perlaksanaan hokum.
Firman Allah yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. ( Surah Al-Hajj: 41 )
2. Memakmurkan bumi dengan menggunakan sepenuh usaha, fikiran dan kewangan bagi menggali segala rezeki dan nikmat pemberian Allah dari perut bumi dan laut.
3. Melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi termasuklah menegakkan undang-undang, melaksanakan pengurusan pentadbiran yang adil serta menyusun perhubungan baik antara manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.( Al-Hujrat ; )
4. Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil dalam sesebuah kerajaan Islam dan menjadikan matlamat terakhir di mana setiap individu mempunyai keupayaan maksimum yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, meneruskan ibadah menurut ketetapan ummah.
Manakala dalam kontek pengurusan organisasi pula, objektif utama pengurusan Islam adalah seperti berikut :
a. Objektif Umum :
· Menyediakan maklumat, panduan dan arahan kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
· Menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
· kreteria terpenting dalam mengukur pencapaian organisasi serta melakukan pengawalan.
b. Objektif Khas :
· Objektif pentadbiran Islam secara khususnya ialah untuk memelihara segala nilai-nilai yang diperlukan oleh manusia iaitu :
1. Nyawa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi ( Surah Al-Maaidah: 32 ).
2. Akal : Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.( Surah Al-Maaidah: 90 ).
3. Maruah Kehormatan diri : Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir ( Al-Baqarah:191 ).
4. Harta: Sesuatu yang boleh didapati, dikuasai dan dimanafaatkan pengunaannya. Pencarian ssesuatu harta hendak dengan mengunakan cara yang halal, Islam tidak membenarkan melalui cara yang haram seperti mencuri, melacur judi dll.
Konsep Al Falah Di dalam Objektif Pengurusan Islam
Al –Falah berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud kejayaan, kemenangan dan keberuntungan. Perkataan ini telah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 40 kali.
Aspek Kejayaan
Al-Falah terbahagi kepada 2 aspek iaitu kejayaan individu dan kejayaan masyarakat. Kejayaan individu ialah asas kepada kejayaan sesuatu ummah atau masyarakat. Masyarakat atau ummah yang diwakili oleh individu yang gagal sedah tentu tidak mampu menjadi sebuat masyarakat yang berjaya.
Ciri Individu Berjaya Menurut Objektif Pengurusan Islam
Khusuk di dalam sembahyang. Sembahyang adalah rukun Islam yang paling utama. Solat sahaja tanpa khusuk tidak menjamin kejayaan. Allah s.w.t hanya menjamin kejayaan orang yang khusuk dalam sembahyang.
Menjauhi perkata tidak berfaedah. Perkara yang tidak berfaedah termasuklah kata-kata, perbuatan, makanan, perhiasan, perasaan, pemikiran dna sebagainya yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat sama ada di dunia atau di akhirat.
Mengeluarkan zakat. Mengeluarkan zakat adalah bertujuan untuk mengikis sifat mementingkan diri sendiri. Seseorang itu tidak akan berjaya jika dia hanya mementingkan diri sendiri.
Memelihara kemaluan. Mengelakkan diri dari melakukan penzinaan.
Menunaikan amanah dan janji. Amanah dan janji adalah perkara yang perlu dilaksanakan. Sesungguhnya manusia sudah menyangupi untuk memikul amanah dimuka bumi ini sebagai khalifat. Justeru itu hendaklah kita mememikul tanggungjawab sebagai khalifah.
Memelihara solat. Kita hendaklah menyegerakan solat andai tiada halangan yang melewatkan. Di samping itu hendaklah menjaga syarat sah solat dan sebagainya.
Cirri-Ciri Sebuah Masyarakat Yang Berjaya
Kasihkan Allah s.w.t. masyarakat yang sentiasa menghidupkan sunnah nabi serta melakukan segala suruhan Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangannya adalah antara cirri masyarakat yang berjaya.
Saling berkasih sayang, bertolak ansur, hormat menghormati, Bantu membantu serta melaksanakan tanggungjawab terhadap sesame angota dengan ikhlas, adil dan saksama.
Berjihad mempertahankan kebenaran. Masyarakat yang berjaya adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip kebenaran.
Setia kepada Allah s.w.t, Rasul dan orang-orang yang beriman. Ramai orang yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak sensitive terhadap perkara yang berlaku terhadap umat Islam. Sebagai umat Islam kita perlu sensitive terhadap perkara yang berlaku di sekitar masyarakat .
Melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meniggalkan segala larangannya.
Tidak menjalinkan hubungan mesra dengan pihak-pihak musuh Islam.
Ketentuan Hukum Syarie dalam Perlakuan Pengurusan
Dalam kontek pengurusan terdapat beberapa perkara yang telah ditentukan tahap-tahap keperluannya dalam kehidupan individu harian. Berikut adalah tahap-tahap keperluan dalam kehidupan individu.
Dharuriyyat : Iaitu segala yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi maka akan rosaklah kehidupan seseorang itu. Contohnya seperti solat 5 waktu, puasa, zakat dan perkara-perkara wajib yang lain.
Daruruyyat dalam kontek pengurusan: Majikan perlu menyediakan tempat atau ruang pejabat untuk menjalankan urusan harian, selain itu pejabat juga perlu mempunyai kelengkapan asas dan sumber-sumber yang mencukupi.
Hajjiyat : Iaitu segala yang diperlukan untuk mendatangkan kemudahan dan menghidari kesusahan. Dalam kontek ibadah adalah seperti sunat-sunat yang dituntut ( sunat mu’akkad ). Manakala dalam kontek pengurusan boleh dikatakan seperti peralatan pejabat yang memudakan urusan pentadbiran seperti mesin fax, talifon dall.
Tahsiniyyat: Iaitu segala yang diperlukan adalah untuk menjadikan hidup lebih selesa. Dalam kontek ibadah ianya seperti solat atau puasa-puasa sunat. Manakala dalam kontek pengurusan pula boleh dikatakan seperti majikan menyediakan alat penghawa dingin, menyediakan kenderaan rasmi pejabat dan lain lain.
Ulasan :
- Menjaga keselamatan agama.
- Menjaga keselamatan jiwa (nyawa)
- Menjaga keselamatan akal.
- Menjaga keselamatan maruah.
- Menjaga keselamatan harta.
- Protect religion.
- Safeguard the soul (life)
- Safety reason.
- Guard of honor.
- Safeguarding of assets.
PokerStars Casino Resort & Spa Announces $200 Million
ReplyDeleteThe PokerStars Casino Resort & Spa is 전라북도 출장마사지 proud 전라남도 출장안마 to 밀양 출장샵 announce that the company 동두천 출장샵 is is now offering the world's first online poker 의왕 출장마사지 room,