Thursday, 14 August 2014

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Link : http://zahien.blogspot.com/

Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, di dalam sistem pengurusan Islam mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Berikut adalah prinsip pengurusan Islam.

Al-‘Adalah ( Keadilan ).
Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubhat dengannya.

Dalil yang mengatakan tentang Al-‘Adalah, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat… ( Surah Al-Nahl:90 ).


Keadilan boleh dilaksanakan di dalam perkara seperti berikut :

I. Membuat Sesuatu Keputusan
Sebelum membuat keputusan berkaitan dengan dengan sesuatu perkata kita seharusnya melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan tersebut. Ini bagi mengelakkan sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.

II. Pengucapan.
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan tertentu mengikut kemampuan penerimaan mereka.

III. Keadilan terhadap Allah s.w.t
Kita tidak boleh syirik kepada Allah s.w.t iaitu dengan mengakui kewujudan tuhan lain selain Allah s.w.t. Dosa syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampuni oleh Allah s.w.t.


IV. Timbangan dan ukuran.
Sesuatu perniaga yang melibatkan timbangan atau ukuran hendaklah menjauhi daripada penyelewengan terhadap nilai timbangan dan ukuran.

V. Urusan Persendirian

VI. Pengurusan Harta.
Khususnya dalam pemeliharaan harta anak yatim piatu, kita dilarang sama sekali daripada mengunakan harta mereka sehingga mereka meningkat dewasa.

Selain itu Keadilan juga hendaklah dilakukan dilaksanakan dalam urusan penghukuman dan terhadap mereka yang tidak sependapat dengan kita.

Bentuk-bentuk Keadilan

Keadilan terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu kita fahami, berikut adalah bentuk-bentuk keadilan :

I. Keadilan Dalam Bentuk Bersamaan
Sesebuah organisasi hendak melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya.

II. Keadilan Dalam bentuk Berbeza
Apa yang dimaksudkan denga keadilan dalam berbentuk berbeza ialah setiap semua berhak untuk diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan dalan jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasakan kelulusan yang diperolehi dan tanggungjawab yang diberi.

III. Keadilan Dalam bentuk Hak Istimewa
Hak istimewa yang diberikan kapada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.


Al-Ubudiyyah ( Pengabdian diri ).
Al-Ubudiyyah bermaksud kita mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t. Segala ibadah yang kita lakukan adalah hanya untuk Allah s.w.t. manakala konsep Al-Ubudiyyah dalam organisasi pula bermaksud kita hendaklah melakukan sesuatu kerja secara bersungguh di institusi yang mengambil kita sebagai pekerja.

Dalil yang berkaitan dalam konsep Ubudiyyah, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ Dan ingatlah, aku tidak mencipta jin dan manusia melaikan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu’ ( Ad-Dzariyyat: 56 )

Al-Hurriyyah ( Kebebasan ).
Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara disamping mengikut undang-undag yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang di perkuatkuasakan.

Dalil yang berkatan Al-Hurriyyah, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ Tiada paksaan dalam beragama “ ( Al-Baqoroh:265 )

Prinsip Kebebasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

1) Kebebasan beragama.
Kebebasan beragama bermaksud agama Islam tidak memaksa seseorang untuk menganutinya, sebaliknya terpulang kepada individu tersebut. Tetapi andaikan kita telah memeluk Islam maka wajib kita mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan tidak dibenarkan keluar dari agama Islam.

2) Kebebasan Diri.
Kebebasan diri bermaksud seseorang itu berhak melakukan perkara-perkara yang disukai olehnya sama ada cara pemakaiannya, cara hidupnya. Selagi mana kesukaan itu tidak melanggar undang-undang agama atau pun Negara maka individu tersebut bebas melakukannya.

3) Kebebasan Bersuara dan Mengeluarkan Pendapat.
Seseorang individu berhak untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya. Sama ada pendapatnya akan diterima atau tidak terpulang kepada dpendengar. Namun begitu jika kata-katanya boleh menimbulkan keadaan huru hara disesebuah Negara, maka kebebasan tersebut mungkin terhalang.


4) Kebebasan Bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak.
Seseorang itu berhak bergerak kemana-mana sama ada bertujuan untuk bercuti , sambung belajar , berniaga atau sebagainya. Namun begitu jika tujuan bergerak untuk melakukan kejahatan adalah dilarang.

5) Kebebasan Mencari dan Memiliki Harta.
Islam sama sekali tidak menghalang untuk mencari harta, malah Islam mengalakkan umatnya supaya bekerja sehingga mampu mengeluarkan zakat bagi membantu orang-orang miskin.


Al-Musawah ( Persamaan ).

Ia bermaksud manusia adalah sama disisi undang-undang yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t.

Jenis-jenis persamaan :

1) Persamaan terhadap tanggungjawab undang-undang.
Iaitu setiap individu sama ada majikan atau pekerja hendaklah bertanggungjawab mentaati segala undang-undang yang telah diwahyukan.

2) Persamaan dalam tanggungjawab terhadap hukuman.
Kesalahan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh pesalah tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain.

3) Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

Al-Syura ( Permesyuaratan )
Al-Syura bermaksud sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita diwajibkan terlebih dalulu mengadakan perbincangan. Ia bertujuan untuk memberi peluang penyertaan ahli disamping mendapat keputusan mejoriti.

Dalil yang berkaitan dengan prinsip Al-Syura, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan bermesyuaratlah dengan mereka….. ( Al-Imran: 159 ).

Dua skop syura dalam pengurusan Islam.

Perlantikah khilafah.

Majlis syura berperanan untuk menentukan siapakan yang akan menjadi khalifah selepas kewafatan baginda rasullullah s.a.w.

Membuat sesuatu keputusan.

Syura adalah institusi tertinggi didalam tanzim haraki bagi jemaah.Adalah sesuatu yang dituntut sebelum melahirkan sesuatu keputusan untuk dimesyuaratkan.
Perbezaan system syura dan mesyuarat dalam sistem demokrasi di barat.

Syura diertikan sistem rundingan bukanlah memaksudkan kedaulatan ada pada insan, bahkan kedaulatan dalam sistem syura ada pada Allah.Selepas itu kedaulatan ada pada hukum syarak.Syura berlaku dalam pemilihan pemimpin tertinggi dan juga pemimpin bawahan.

Manakala barat meletakkan kuasa mesyuarat kepada manusia. Oleh yang demikian apabila manusia tersebut mempunyai kuasa yang besar maka keputusannya pasti menjadi persetujuan yang lain.

Syura sebagai system yang bersifat kualitatif dan tidak melibatkan pemilihan umum.

Manakala secara barat moden di mana pemilihan bersifat kuantitatif . kemenangan akan dicapai berdasarkan jumlah mejoriti undi yang di persetujui.

Contoh amalan syura yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w dan khulafa’a al-Rasyidin.

Dalam menetapkan hukuman terhadap tawanan perang, rasulullah s.a.w telah melakukan syura’ bersama para sahabat.
Dalam perlatikan khalifah al-rasyidin selepas kewafatan baginda rasullullah s.a.w.

Al-Masuliyyah ( Pertanggungjawaban ).
Bertanggungjawab atas setiap yang diamanahkan termasuk juga amanah yang diwajibkan ke atas kita manusia.

Dalil yang berkaitan dengan prinsip pertanggungjawaban sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “ dan mereka-mereka yang melaksanakan amanah-amanah dan janji-janji” ( Al-Mukminun: 8 ).

Al-Taah ( Kepatuhan ).
Iaitu mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan oleh majikan selagi mana tidak menentang hokum Allah. Hukumnya adalah wajib.

Dalil yang berkaitan dengan kepatuhan, firman Allah s.w.t “ Taatlah kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada ketua-ketua kamu “

Itqan ( Kualiti )

Melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan istiqomah atau berterusan dan hasil yang diperolehi adalah memuaskan. Islam melihat kualiti dalam aspek yang menyeluruh seperti pemimpin berkualiti, pekerja berkauliti dan produktiviti berkualiti.


Ulasan : 
  • Al-Ubudiyyah - Prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah.
  • Al-Syura - Merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua. kepentingannya ditegaskan dengan nyata didalam Al-Quran dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah S.A.W serta amalan para sahabat. Merupakan unsur yang penting dalam urusan seharian.
  • Al-Hurriyah - Merupakan kebebasan. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ianya dilahirkan. islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa sebarang alasan kecuali penghambaan terhadap Allah S.W.T.
  • Al-Musawah - Merupakan persamaan. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada Nabi Adam A.S. Yang membezakan setiap manusia dengan manusia lain ialah amalan, tanggungjawab, dan ketaqwaan.   

  •  Al-Ubudiyyah - Principles of organization associated with the objects and functions of the human as a servant of God. Ubudiyyah refers to the nature of the self-devotion of a man with setelusnya only to God. 
  • Al-Shura - A second Islamic management principles. expressly asserted interest in the Qur'an can be strengthened by the Sunnah of the Prophet and his companions practice. An important element in their daily operations. 
  • Al-Hurriyah - A freedom. This principle arisen from the fact of recognition of the independence of the people of Islam have since they were born. islam against any form of slavery without any reason except servitude to Allah SWT 
  • Al-Musawah - An equation. This equation is related to the fact that man is descended from the one that comes from the Prophet Adam AS That distinguishes every human being with other human beings is a practice, responsibility and devotion.


No comments:

Post a Comment